
slps itu, sempulolo tlh menghangatkn suasana dgn menganjurkan bermacam2 pertandingan, antaranya ialah tiup belon sehingga pecah, rebut kerusi dan bawa bola ping pong dalam sudu.
pada malam hari pula, telah diadakan majlis perasmian untuk family day of sempulolo 2010. ia telah dirasmikan oleh penasihat sempulolo Fuang Andi Mori dan montaj sempulolo yang telah disediakan oleh salah seorang urusetia ajk khas telah dipertontonkan oleh para tetamu. bermacam2 juadah telah disediakan.
selepas perasmian, pertandingan lain untuk para hadirin dan ahli keluarga sempulolo turut dianjurkan, antaranya sepak takraw, kupas buah, pertandingan ceper, menganyam ketupat, makan buah dan macam2 lg.
keseronokan terasa lg apabila cabutan bertuah bg para hadirin dan ahli keluarga sempulolo menghangatkan lagi suasana.
keesokan harinya, keluarga sempulolo telah dibawa untuk melawat galeri bugis yang terletak di kukup dan juga muzium nenas yang terletak di pekan nenas...seronok berjalan bersama keluarga sangat terasa.


setiap kerjasama diantara kita yang telah menjayakan family day sempulolo ini sama-sama kita hargai, sekiranya ada kesilapan janganlah dipersalahkan tetapi sama-sama kita perbaiki untuk family day akan datang pula. semoga ukhuwah kita ini diredhai oleh Allah s.w.t dan berkekalan seperti objektif sempulolo persaudaraan terjalin erat...INSYAALLAH...