RSS

❉ al-fatihah ❉

Al-Fatihah...
6hb Nov 2010 aitu, kami (warga sempulolo) telah kehilangan seorg Pengerusi kelab kami iaitu almarhum En. Osman B. Hj. Dalik. arwah telah kembali ke rahmatullah pada awal bln 11 aritu dan tlh meninggal seorg balu n seorg anak. saya mewakili ahli2 sempulolo mengucapkan tahziah kepada ahli keluarga arwah...setiap yg hidup pasti akan mati...this is fact. Semoga rohnya diletakkan dikalangan org2 yg beriman.

"
Mati adalah akhir perjalanan hidup setiap insan di dunia ini. Di penghujung jalan, setiap hidup yang berjiwa akan merasakan mati. Firman Allah, Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. (Ali Imran: 185)."

❉ raya 2010 ❉

wah...sudah terlalu lama blog keluarga kita ini tidak di'update' rite? sebagai seorang yang suka meng'update' blog...ingin saya paparkan pic raya tahun 2010 untuk tatapan pembaca dan keluarga semua...kemeriahan hari raya sgt terasa dan anda semua boleh melihatnya melalui pic2 yg telah diedit...have fun... ^_^



love it...




pahlawan yang akan memperjuangkan kestabilan sempulolo kita akan datang...

kepada sesiapa yang tiada dalam pic2 di atas, maaf ye...tahun hadapan kita snap lg...n then kite paparkan sebanyak yang mungkin....
salam persaudaraan untuk kalian...

❉ ramadhan kareem ❉


ahlan wasahlan ya ramadhan...ramadhan kareem... walaupun ramadhan sudah berada di hari yang ke-15, tapi masih tidak terlewat untuk sy menyambut ramadhan yang berumur sebulan untuk setiap tahun... ramadhan adalah hadiah Allah untuk umatnya...ia adalah satu peluang untuk kita menambah amalan yang telah kita abaikan selama ini dan kekalkan sehingga akhir hayat kita...

kami warga sempulolo.blogspot.com dan sempulolo.weebly.com ingin memohon ampun dan maaf kepada pembaca blog kami ini dan kepada sesiapa yang mengenali kami dengan harapan, semoga Allah menerima ibadah-ibadah kita semua, insyaAllah...

...persaudaraan terjalin erat...

❉ ramadhan 2010 ❉

assalamualaikum...
sempena bulan yg penuh keberkatan ini
seluruh warga SEMPULOLO ingin mengucapkan :
SELAMAT MEYAMBUT BULAN RAMADHAN

❉ family day 2010 ❉

On 1st may 2010 pada hari sabtu pkol 2 ptg...lps zohor...sempulolo anjurkan pertandingan mewarna bagi kanak2...seronok betol budak2...







slps itu, sempulolo tlh menghangatkn suasana dgn menganjurkan bermacam2 pertandingan, antaranya ialah tiup belon sehingga pecah, rebut kerusi dan bawa bola ping pong dalam sudu.

pada malam hari pula, telah diadakan majlis perasmian untuk family day of sempulolo 2010. ia telah dirasmikan oleh penasihat sempulolo Fuang Andi Mori dan montaj sempulolo yang telah disediakan oleh salah seorang urusetia ajk khas telah dipertontonkan oleh para tetamu. bermacam2 juadah telah disediakan.

selepas perasmian, pertandingan lain untuk para hadirin dan ahli keluarga sempulolo turut dianjurkan, antaranya sepak takraw, kupas buah, pertandingan ceper, menganyam ketupat, makan buah dan macam2 lg.

keseronokan terasa lg apabila cabutan bertuah bg para hadirin dan ahli keluarga sempulolo menghangatkan lagi suasana.

keesokan harinya, keluarga sempulolo telah dibawa untuk melawat galeri bugis yang terletak di kukup dan juga muzium nenas yang terletak di pekan nenas...seronok berjalan bersama keluarga sangat terasa.


setiap kerjasama diantara kita yang telah menjayakan family day sempulolo ini sama-sama kita hargai, sekiranya ada kesilapan janganlah dipersalahkan tetapi sama-sama kita perbaiki untuk family day akan datang pula. semoga ukhuwah kita ini diredhai oleh Allah s.w.t dan berkekalan seperti objektif sempulolo persaudaraan terjalin erat...INSYAALLAH...

❉ logo Sempulolo ❉

Finally...logo sempulolo is done...even the making process is complicated, tp still success...thanx to the creator...
Mula-mula ada yang bagi pendapat untuk letak kapal layar, pastu ada yang bagi pendapat letak atap rumah orang bugis...jadi sebagai menghargai rekaan pertama, ramai yang setuju untuk logo yang diletak kan kapal digunakan untuk tahu 2010 dan logo yang telah diletakkan bumbung orang bugis digunakan pada tahun hadapan dan seterusnya. Apa-apa pun kedua-dua logo itu masih kekal dengan budaya bugis.

ini adalah logo pertama yang direka unutk tahun 2010


ini adalah logo yang mungkin akan digunakan untu tahu hadapannyadan masih dalam pertimbangan

HARI KELUARGA 2004
Lokasi: